Wahai Hati: Bersedialah Untuk bersalawat ke atas Nabi yang tercinta S.A.W.

Inilah Salawat ke atas Nabi S.A.W., obatilah kerinduanmu kepadanya…

Terimalah Salawat Allah yang besar ke atasmu

Bersyukurlah atas sebagian nikmat Allah kepadamu dengan diutusnya Nabi Muhammad S.A.W.

Himpunkanlah hatimu pada setiap salawatmu atasnya akan kedudukan dan keutamaannya.

Hadirkanlah hati bahawa salawatmu sekarang diperlihatkan kepada baginda setelah baginda menjawabnya.

Rasakanlah kemuliaan yang kamu dapatkan sebab kamu ikut bergabung kepada kumpulan yang difirmankan oleh Allah S.W.T. kepada mereka:

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya. (al-Ahzab 33: 56)

Ya Allah berikanlah kesejateraan dan keselamatan ke atas Nabi kami Muhammad S.A.W.