Wahai Hati: Bersedialah untuk Ruqyah Syar’iyyah Sesungguhnya ia adalah ruqyah yang menolak dan mengangkat (bala).

Telah datang kepadamu zikir yang akan menjaga dirimu, keluargamu dan hartamu.

Telah datang kepadamu zikir yang tidak menyisakan hasad, ain dan penyakit…

Telah datang kepadamu zikir yang melawan para musuh berupa jin dan manusia, meskipun mereka berkumpul melawanmu..

Ketahuilah bahawasanya ruqyah itu satu sedangkan peruqyah itu banyak, tetapi siapakah yang dikabulkan?

Majulah dan bacalah sambil hatimu bersama dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna… ia hidup dengan keagungannya dan berada di dalam lindungan Allah.

Majulah dan bacalah dengan niat ruqyah, kesembuhan dan perlindungan dari segala bentuk kejahatan dan keburukan.

Kemudian tunggulah, Allah akan lepaskan duka citanya.. ketahuilah bahawa pelepasan duka cita dari Allah itu adalah nyata.. dengan izin Allah.